Seluruh rakyat dijemput meriahkan Malam Kilauan Cahaya – Raja Muda Perlis

KUAH, Langkawi: Para pengunjung yang dalam perjalanan balik ke destinasi asal masing-masing melalui jalan darat dari Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 diundang untuk bersama-sama seluruh rakyat Negeri Perlis hadir bagi memeriahkan acara Malam Kilauan Cahaya (MKC) Istana Arau 2025 yang bakal diadakan pada jumaat 23 Mei dan sabtu 24 Mei 2025 ini, bertempat di perkarangan Dataran Istiadat Istana Arau.

Acara gemerlapan ini dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan juga Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan cemerlang baginda dan akan berlangsung dari jam 9.00 hingga 11.00 malam.

Terakhir sekali MKC yang diadakan secara tahunan sebelum ini ialah pada tahun 2019 iaitu sebelum Covid-19.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah sedemikian sejurus selamat berangkat tiba di Jeti Kuah, Langkawi bagi menerima undangan menghadiri Pameran LIMA 2025 kali ini.

Keberangkatan tiba Baginda bersama-sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda sulung, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail
telah disambut oleh Pengarah Cawangan Khidmat Sumber Manusia, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Laksamana Pertama Mohd Amin Mat Tahir dan Timbalan Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Pertama Mohd Hasnan Mohd Hanafiah.

Turut menyambut ialah Ketua Polis Perlis, DCP Datuk Muhammad Abdul Halim.

Sementara itu, Pegawai Seranta baginda, Muhamad Syafiq Mohd Zai memaklumkan bahawa pelbagai aktiviti menarik, termasuk pameran lampu-lampu hiasan, persembahan yang menggabungkan elemen tradisional dan moden akan disajikan.

Pameran yang menarik menanti para pengunjung daripada pelbagai agensi dan pertubuhan seperti Galeri Diraja Arau, Rejimen 504 Askar Wataniah, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Woodball Negeri Perlis, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), MyUS Venture dan KAB Gold.

Turut disediakan ialah ruang foto eksklusif, tayangan khas video Duli-Duli Tuanku, serta pertunjukan bunga api jika cuaca bersesuaian.

Menyentuh mengenai LIMA 2025 yang sejak penubuhannya, merupakan antara pameran maritim dan aeroangkasa terkemuka di rantau Asia Pasifik dan tahun ini adalah edisi ke-17 dianjurkan oleh Malaysia yang mana ribuan pengunjung akan melalui Jeti Kuala Perlis untuk ke pulau lagenda tersebut, Tuanku Raja Muda berharap agar warga Perlis khususnya Kuala Perlis akan memastikan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih, parkir-parkir selamat dan rumput lalangnya terurus serta semua pihak meraikan para pengunjung dengan penuh beradab dan mesra disamping kedai-kedai makan menyajikan juadah yang enak dengan harga berpatutan serta perkhidmatan yang efisyen supaya mereka akan mahu kerap kembali lagi ke negeri yang ‘Damai Dan Menawan’ ini di lain masa nanti.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content