Raja Muda Perlis Terima Persembahan Buku Memori Perwira Anak Borneo di Kuching

KUCHING, 22 Jun 2025 – Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, berkenan menerima dua naskhah buku istimewa berjudul “Laskar Berani – Memoir Anak Borneo Pengibar Panji-Panji PBB” dan “Agi Idup Agi Ngelaban – Naratif-Naratif Pejuang Paramilitari dan Rejimen Renjer DiRaja (RRD)” dalam satu majlis ringkas namun bermakna di Rafflesia Inn, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Buku tersebut adalah hasil penulisan Leftenan Kolonel (Bersara) Mohd Melingtang Abdullah, mantan Pegawai Perhubungan Bangsa-Bangsa Bersatu ke African Union, yang mempersembahkannya sendiri kepada Tuanku Raja Muda sebelum baginda berangkat pulang menamatkan lawatan khas selama tiga malam ke negeri Sarawak.

Turut berangkat mengiringi Baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan putera waris kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Majlis turut dihadiri beberapa tokoh ketenteraan termasuk:

Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Stephen Mundaw, mantan Panglima Medan Timur
Leftenan Kolonel (Bersara) Fabion Wong, mantan Pegawai Staf Risik 1 Divisyen
Mejar (Bersara) Sharkawie Dawi, mantan Pegawai Staf 2 Udara, Markas Wilayah Udara 2
Sebagai rekod, DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail adalah Kolonel Yang DiPertua Kor Rejimen Renjer DiRaja (RRD), menzahirkan keterkaitan erat institusi Diraja Perlis dengan sejarah, warisan dan semangat juang RRD dalam pertahanan negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content