Raja Muda rasmi program ‘Anak Sihat, Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera’ di MTSPJ

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Program Bersama Masyarakat “Anak Sihat, Keluarga Sihat, Komuniti Sejahtera” di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ), Kangar.

Ia dianjurkan oleh pelatih Kejurururawatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Ghazali Chik.

KAYUHAN MAIPs PEDULI

Program bermula pada awal pagi dengan sesi senamrobik yang dipimpin oleh wakil daripada Unit Promosi Kesihatan JKN Perlis dan disusuli dengan Kayuhan MAIPs Peduli yang diketuai sendiri oleh Raja Muda.

Baginda juga berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga asnaf terpilih iaitu Othman Mohamad, 81 di Kampung Repoh, Maimunah Othman, 75, Kampung Padang Behor dan Mohd Rondzan Abdul Latiff, 55 Kampung Tok Kandang.

Di akhir program Raja Muda berkenan melawat ke reruai pameran dan gerai jualan serta penyempurnaan Simbolik Perasmian Program Anak Sihat Keluarga Ceria Komuniti Sejahtera berkenaan.

SUMBANGAN AGIHAN ZAKAT

Baginda juga berkenan menyempurnakan perasmian Logo Baharu Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail Kangar dan penyerahan sumbangan agihan zakat kepada seramai 150 orang asnaf terpilih dari kalangan anak kariah MTSPJ, Kariah Alwi dan Kariah Repoh dengan jumlah penuh berjumlah RM105,000 daripada MAIPs.

Kesemua para penerima berpeluang mendapat saringan kesihatan percuma, menghadiri Ceramah Bangun Jiwa Asnaf dari MAIPs serta mendengar Ceramah Gaya Hidup Sihat oleh JKN Perlis.

Semasa bertitah Raja Muda menekankan mustahaknya rakyat bersama-sama memastikan matlamat slogan ‘Sihat Milik Semua’ yang merupakan Agenda Nasional Malaysia Sihat direalisasikan dengan sebaik mungkin di segenap peringkat serta semua lapisan usia di seluruh negeri Perlis ini demi untuk kesejahteraan bersama. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content