MAIPs sokong agenda pendigitalan rekod sejarah bersama Arkib Negara Malaysia

Oleh: Sholina Osman
16 JULAI 2025

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melalui Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis menyatakan komitmen menyokong agenda pendigitalan rekod sejarah dan pentadbiran melalui kerjasama dengan Arkib Negara Malaysia.

Usaha ini bakal diselaraskan selari dengan peralihan ke pejabat baharu MAIPs nanti, sekali gus memperluas penggunaan Sistem Arkib Negara Malaysia dalam pengurusan dokumen rasmi.

“Penubuhan Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis dalam masa terdekat kelak juga amat bertepatan dengan usaha melestarikan warisan dan sejarah Negeri Perlis secara sistematik, khususnya berkaitan Adat Istiadat Melayu yang menjadi sebahagian daripada jati diri rakyat Perlis,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Difahamkan setakat ini, katanya, sebanyak 11,670 rekod berkaitan Negeri Perlis telah disimpan oleh Arkib Negara Malaysia, termasuk bahan berharga berkaitan adat istiadat Melayu.

PROGRAM HIJRAH MINDA

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyempurnakan Program Hijrah Minda anjuran MAIPs di Masjid Al-Munawwarah, Kampung Sungai Bugis, Simpang Empat.

Turut berangkat sama adalah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan agihan zakat MAIPs berjumlah penuh RM210,000.

Ia melibatkan 300 asnaf terpilih kali ini iaitu 75 orang anak kariah Sungai Bugis, 75 orang anak kariah Seberang Ramai Kuala Perlis, 75 orang anak kariah Simpang Empat, dan 75 orang anak kariah Bunga Emas.

Difahamkan setakat ini, sebanyak 11,670 rekod berkaitan Negeri Perlis telah disimpan oleh Arkib Negara Malaysia, termasuk bahan berharga berkaitan adat istiadat Melayu. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content