Raja Muda Perlis Bertemu Menteri Pendidikan Tinggi Indonesia, Perkukuh Jalinan Ilmu dan Teknologi Serantau

KUALA LUMPUR 21 Julai – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail adakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi Indonesia, Prof. Brian Yuliarto di Kuala Lumpur.

Prof. Brian berada di ibunegara untuk lawatan kerja dan turut diiringi sama oleh Presiden Direktor enterprise milik negara dalam sektor pertahanan yang tidak asing lagi, PT Pindad (Persero), Sigit P. Santosa dalam majlis tersebut.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh usahawan Datuk Sri Ahmad Sukimi Ibrahim.

Demikian menurut kenyataan Istana Arau.

Tuanku Raja Muda Perlis ialah Canselor IPTA Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan IPTS Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Beberapa potensi kerjasama strategik dua hala di antara UniMAP dan UniSIRAJ dengan institusi-institusi pengajian tinggi serta sektor-sektor berkaitan di Indonesia dijangka akan dipergiatkan lagi selepas ini.

IPT-IPT lain yang beroperasi di Perlis seperti Kampus UiTM Cawangan Arau, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis akan turut menerokai usaha-usaha bagi memperkukuhkan lagi jaringan ilmu dan pembangunan teknologi serantau dengan institusi-institusi di negara serumpun berkenaan melalui kekuatan dan kemampuan tersendiri masing-masing.

Silatulrahim Perlis dan Indonesia tambah akrab lagi dengan kewujudan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis iaitu satu-satunya kampus milik penuh Universitas Muhammadiyah di luar negara Indonesia.

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra, ‘Penubuhan UMAM di Perlis diharapkan dapat terus menjadi pemacu dalam menyediakan tawaran pendidikan yang kondusif serta dapat terus mengisi ‘dahaga’ masyarakat terhadap keperluan pendidikan di nusantara ini’.

Beberapa inisiatif bersama juga sudahpun dalam perancangan untuk dilaksanakan sepanjang bulan September yang akan datang ini di antara Perlis dan Indonesia.

(Foto : Istana Arau)

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.