Rakyat Malaysia di perantauan perlu perkukuh nama baik negara tercinta – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
26 JULAI 2025

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di perantauan, hendaklah tidak lupa akan tanggungjawab mereka untuk menjadi jambatan ke arah memperkukuhkan nama baik negara tercinta.

Baginda berharap agar anak Malaysia sentiasa menggunakan kepakaran, jaringan dan pengalaman untuk menyokong usaha negara kita di mata dunia.

Baginda bertitah demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika menyempurnakan pelancaran program ‘Perlis Food Promotion’ yang berlangsung di Ajmal Restaurant, Business Bay Square Mall, Nairobi, Kenya.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil beserta anakanda Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putea Al Haj Jamalullail.

DENGAN KERJASAMA MAIPs

Ia dianjurkan oleh pihak restoran dengan kerjasama MAIPs, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tengku Fauziah (YTF) dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Nairobi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menekankan peranan rakyat Malaysia di perantauan sebagai duta nilai, budaya dan keharmonian negara.

“Setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara membawa bersama harapan dan wajah negara tercinta. Kita bukan sekadar pelawat atau perantau, tetapi cerminan kepada sebuah bangsa yang menjunjung nilai akhlak, ilmu dan budaya yang luhur,” titah Baginda.

Program Promosi Masakan Perlis merupakan salah satu inisiatif strategik bagi memperkenalkan hidangan unik dan istimewa Perlis apatah lagi ianya signifikan sempena kempen Tahun Melawat Perlis 2024–2025 yang kini dilanjutkan hingga 31 Disember 2026,.

Antara tetamu dijemput menghadiri majlis tersebut, terdiri daripada wakil diplomatik Malaysia, komuniti rakyat Malaysia di Nairobi, serta pegawai kanan Kenya Tourism Board. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.