Anak Perlis diseru pulang menabur bakti di negeri tercinta – Raja Muda

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
7 OGOS 2025

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah walau di mana sekalipun anak-anak Perlis berada, sejauh mana pun kejayaan dikecapi, jangan lupa akar tempat mulanya bertapak.

Titah Baginda pulanglah untuk menabur bakti kepada negeri tercinta ini.

“Kadangkala, satu tindakan kecil seperti bengkel, ceramah atau projek digitalisasi di kampung mampu memberi perubahan besar kepada masyarakat setempat,” titah Baginda lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Kangar Jaya baru-baru ini.

SENTIASA MENCARI RUANG

Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra. anak-anak muda Perlis juga disarankan untuk sentiasa mencari ruang dan peluang bagi menguasai kemahiran Kecerdasan Buatan (AI) dengan lebih awal, lebih praktikal, dan lebih berfokus kepada penyelesaian dunia sebenar’.

‘Hari ini, kita tidak lagi bercakap tentang masa depan kerana masa depan itu telah tiba. Dunia sedang berubah dengan sangat cepat, dan antara pemacu terbesarnya ialah AI,” titah Baginda.

Ia bukan lagi ilmu yang hanya dipelajari di bilik makmal atau universiti terkemuka luar negara.

SETIAP TELEFON PINTAR

AI kini berada dalam setiap telefon pintar, aplikasi harian, mesin pengeluaran, malah dalam penternakan dan pertanian moden” titah Raja Muda lagi.

Turut berangkat mengiringi Baginda adalah anakanda putera Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Sempena kayuhan ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat daripada MAIPs kepada beberapa orang asnaf terpilih, iaitu Hussain Mohamood, 83, dari Kampung Titi Tok Bandar, Norisah Md Isa, 68, dari Kampung Hutan Melintang, dan Rosli Dahaman, 71, dari Kampung Alor Tok Terang.

Setiap penerima menerima bantuan berupa wang tunai berjumlah RM700, Kit MAIPs Peduli serta beras fidyah.

Baginda turut berkenan singgah melawat Tadika Islam Perlis (TIPs), sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang disediakan khusus untuk anak-anak para kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang beroperasi di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri, Kangar sejak beberapa bulan yang lalu. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.