RAJA PERLIS TERIMA SEMBAH MENGADAP PERPISAHAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI NEGERI PERLIS

Kangar, 11 Ogos 2025 – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan menerima sembah mengadap perpisahan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Perlis, Yang Arif Datuk Dr. Arik Sanusi Yeop Johari yang hadir bersama isteri, pada satu majlis rasmi yang berlangsung di Istana Arau, Kangar.

Yang Arif Datuk Dr. Arik Sanusi telah berkhidmat di Mahkamah Tinggi Negeri Perlis sejak 13 Julai 2020 dan akan meneruskan tugas baharunya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula 18 Ogos 2025.

Baginda berdua turut diiringi oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda putera Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang hadir bagi sama-sama memberi penghormatan.

Pada majlis yang sama, Baginda berdua juga berkenan mengucapkan perpisahan dan penghargaan kepada Mantan Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner (SAC) Baderulhisham Baharudin yang telah menerima kenaikan pangkat sebagai Deputi Komisioner Polis (DCP). Beliau memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah sejak 28 Julai 2025 setelah berkhidmat di Perlis dari 27 April 2020 hingga 28 Julai 2025. DCP Baderulhisham hadir bersama isteri bagi majlis yang penuh bermakna itu.

Sesi sembah mengadap tersebut kemudian disusuli dengan Majlis Minum Petang Sanjungan Budi yang dihoskan oleh Baginda berdua bertempat di Dewan Bakawali, Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jalan Raja Muda, Kangar.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content