MAIPs Serah Pengurusan Darul Abrar Kubang Gajah kepada Jamiyah Imam dan Pegawai Masjid Negeri Perlis

Kangar, 11 Ogos 2025 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyerahkan pengurusan bangunan Darul Abrar Kubang Gajah kepada Jamiyah Imam dan Pegawai Masjid Negeri Perlis, sekali gus memperkukuh peranan masjid sebagai pusat ibadah dan pembangunan komuniti.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, berkenan berangkat menyaksikan simbolik penyerahan yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang Dipertua MAIPs, kepada Yang Dipertua Jamiyah Imam dan Pegawai Masjid Negeri Perlis, Fadzil Ahmad, di Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah.

Berangkat sama mengiringi ialah Warisnya Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail. Turut hadir Setiausaha MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor; Imam Besar Negeri Perlis, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar Al-Hafiz; serta Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kariah Masjid Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Amnan Wuthqa Azanol.

Darul Abrar, yang dahulunya merupakan bangunan masjid lama, telah diubah suai dan kini berfungsi sebagai pusat pengurusan jenazah bagi kawasan Arau. Pada masa sama, ia dijadikan pusat aktiviti dan program Jamiyah yang memfokuskan peningkatan ilmu, kemahiran, dan profesionalisme imam serta pegawai masjid seluruh negeri.

Melalui kerjasama strategik dengan JAIPs, pusat ini akan menjadi medan latihan, wacana ilmiah, dan perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan masjid, di samping memperkukuh peranan imam sebagai pemimpin rohani dan sosial dalam komuniti.

Pendekatan ini juga memperlihatkan pemanfaatan optimum aset wakaf, memastikan premis wakaf terpelihara serta memberi manfaat berterusan kepada masyarakat, selaras dengan aspirasi MAIPs untuk mengangkat martabat institusi wakaf sebagai pemangkin pembangunan modal insan dan kesejahteraan ummah.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.