30 September 2025. Medan, Sumatera Utara, Indonesia. Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, berkenan berangkat menyantuni seramai 150 pelajar di Sekolah Luar Biasa (SLB) ABC Melati, Bandar Khalipah, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia baru-baru ini.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengetua SLB ABC Melati, Nurbaya, bersama warga kepimpinan sekolah.
SLB ABC Melati berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan khas yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak berkeperluan khusus di wilayah berkenaan Sekolah ini beroperasi di bawah naungan Yayasan Pimpinan Daerah Muhammadiyah (PDM) Deli Serdang dan kini menempatkan lebih 160 orang pelajar.
Selaras dengan pendekatan inklusif, sekolah ini menitikberatkan pembangunan potensi murid melalui program akademik, latihan vokasional serta aktiviti kokurikulum yang seimbang.
Dalam kesempatan itu, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 160 orang pelajar serta melawat gerai-gerai pameran hasil kraftangan yang diusahakan murid dengan menggunakan bahan kitar semula.
Tuanku Raja Puan Muda yang berangkat ke kota Medan bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Peluang Transformatif Untuk Pemerkasaan Golongan Miskin (ICOHOPE) 2025,
seterusnya berkenan mengunjungi ruang produk SLB ABC Melati yang mempamerkan pelbagai hasil karya pelajar, antaranya Jus Daun Kelor, Piring Lidi, Kuih Bawang Daun Kelor serta beberapa lagi produk tempatan yang kreatif dan bernilai komersial.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia