Umat Islam Diajar Tidak Lihat Perbezaan Sebagai Penghalang Tetapi Simbol Kekuatan – Raja Muda Perlis

Umat Islam

20 DIS. 2025
Dalam dunia yang penuh dengan pelbagai perbezaan ini, umat Islam diajar untuk tidak melihat perbezaan sebagai penghalang, tetapi sebagai simbol kekuatan.

Salah satu faktor utama yang dapat menyumbang kepada keharmonian beragama adalah sikap terbuka dan saling menghormati antara penganut agama yang berlainan.

Dengan sikap saling menghormati, kita bukan sahaja memelihara keharmonian dalam masyarakat, tetapi juga membuka ruang yang lebih luas untuk berdialog, memahami dan menghargai sebarang perbezaan.

MENYERAHKAN SUMBANGAN KECIL

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan kecil agihan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Masjid Darul Ibadah Pattaya City, Chonburi, Thailand yang diterima oleh Timbalan Imamnya, Ustaz Yunus Padyanja.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke Chonburi sempena Sukan SEA Ke-33 Thailand 2025 dan singgah di masjid tersebut sebagai salah satu usaha bagi terus merapatkan lagi jurang dan memperkukuhkan ‘ukhuwah Islamiah’ antara masyarakat Islam di wilayah berkenaan dengan saudara-saudara kita di Malaysia khususnya Perlis.

Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan juga anakanda kedua, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail berangkat sama mengiringi Baginda. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.