Raja Perlis berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan bersempena Hari Keputeraan ke-83

Raja Perlis berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan bersempena Hari Keputeraan ke 83

ARAU, 17 Mei – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan Utama sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-83 di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, serta anakanda-anakanda puteri baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah dan Sharifah Farah Adriana.

Istiadat perbarisan tersebut dikendalikan oleh Batalion Keempat Rejimen Renjer Diraja (RRD) dari Kem Bukit Cowder, Mata Ayer, melibatkan kekuatan tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Mejar Hotin Anak Lukong, manakala persembahan muzik dipimpin oleh Pancaragam Pusat RRD.

Sebagai simbol kedaulatan negara dan penghormatan tertinggi kepada Raja Pemerintah, tembakan hormat diraja sebanyak 21 das telah dilepaskan oleh Rejimen Artileri Diraja.

Selepas selesai istiadat perbarisan, Tuanku Syed Sirajuddin berkenan berangkat ke Balai Menghadap Biru bagi menyempurnakan sesi Pengurniaan Khas Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (S.S.S.J.) yang membawa gelaran Dato’ Seri Diraja.

Penerima darjah kebesaran utama itu didahului oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah.

Turut menerima pengurniaan khas tersebut ialah Tengku Puteri Mahkota Perlis Datuk Seri Hajah Sharifah Fazira Jamalullail.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.