Kuala Lumpur: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan memberikan dorongan serta sokongan moral kepada seluruh anggota Kontinjen Malaysia yang menyertai Sukan Sea Ke-33 Thailand 2025, baru-baru ini.
Turut berangkat sama adalah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil, dan juga anakanda kedua, Sharifah Farah Adriana Jamalullail.
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merangkap Ketua Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah, Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nasir Ali, serta warga kerja MOM.
Baginda berdua berserta anakanda puteri turut berangkat menyaksikan atlet negara bertarung dalam sukan pingpong di Central Westgate, Nunthsburi.
Baginda juga menyaksikan secara dekat pasukan berbasikal negara meraih pingat emas di Velodrom Hua Mark dan perlawanan akhir bola keranjang wanita di Stadium Nimibutr.
Tuanku Syed Faizuddin Putra berharap agar pentas kejohanan Sukan Sea ini wajar dijadikan batu loncatan untuk setiap atlet negara melangkah maju lebih jauh, sama ada ke Sukan Komanwel, Sukan Asia, bahkan ke Olimpik.