Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah, berpaksikan nilai rahmah – Raja Muda Perlis

Institusi agama perlu terus angkat pendekatan sederhana, berhikmah, berpaksikan nilai rahmah – Raja Muda Perlis7

Laporan oleh Sholina Osman dari Krabi, Thailand
26 JAN. 2026

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa institusi agama terus menggangkat pendekatan sederhana, berhikmah dan berpaksikan nilai rahmah dalam menghadapi dunia hari ini yang begitu mencabar.

Sehubungan itu, titah Baginda dengan penganjuran program seperti Program Ziarah Mahabbah MAIPs ke Wilayah Andaman, Selatan Thailand wajar diteruskan dan diperkasakan.

Baginda bertitah program itu platform membina persefahaman, memupuk toleransi serta mengukuhkan imej Islam sebagai agama yang membawa kedamaian, kesejahteraan dan rahmat.

PROGRAM ZIARAH MAHABBAH

“Saya ingin tegaskan nilai dan semangat terhasil daripada Program Ziarah Mahabbah tidak seharusnya terhenti di sini sahaja. la perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan susulan yang berterusan, komunikasi yang konsisten dan kerjasama lebih tersusun,” titah Baginda semasa menyempurnakan penutupan program itu yang masuk edisi ke-ll tahun ini di Dewan Sekolah Adamee Suksa Vittaya di Krabi.

Raja Muda turut berkenan merasmikan Bilik Komputer sekolah tersebut yang menempatkan 21 buah komputer hasil daripada sumbangan MAIPs sebelum ini.

Program ini diadakan sempena Baginda mengetuai delegasi Jelajah Ziarah Mahabbah MAIPs bersama Lembaga Pengarah Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) Sdn. Bhd. ke Wilayah Andaman Thailand di Krabi dari 23 hingga 25 Januari.

Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.