Raja diiring Raja Muda Perlis sempurnakan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden

Raja diiring Raja Muda Perlis sempurnakan Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden

Oleh: Sholina Osman
3 FEB. 2026

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail diiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden yang berlangsung di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat, dekat Kangar.

Dalam ucapannya, Kapten KGP Perlis, Idris Tan Sri Sheikh Ahmad menyatakan bahawa ‘Pelancongan Sukan Golf’ merupakan antara industri yang sedang pesat berkembang dan mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negeri ini.

Sehubungan itu, kata beliau memandangkan kelab tersebut terletak berhampiran kawasan tumpuan pelancongan, beliau mencadangkan agar keutamaan diberikan kepada usaha menaik taraf fasiliti kelab, khususnya padang golf, bagi meningkatkan daya tarikan serta kualiti pengalaman para pengunjung.

Penganjuran Kejohanan Golf Piala Tuanku Presiden yang berlangsung pada edisi kali ini membuktikan komitmen berterusan Kelab Golf Putra Perlis dalam menganjurkan kejohanan berprestij, yang merupakan antara kejohanan premier di peringkat kelab dan diadakan hampir setiap tahun.

BERPERANAN SEBAGAI PLATFORM

Penganjuran kejohanan ini turut berperanan sebagai platform untuk mempromosikan amalan gaya hidup sihat melalui penglibatan aktif dalam sukan golf.

Pada masa yang sama, ia berjaya memperkukuh jaringan komunikasi serta memantapkan hubungan yang lebih erat, harmoni dan berkesan dalam kalangan para peserta.

Sepanjang pertandingan, para peserta mempamerkan tahap komitmen yang tinggi serta semangat kesukanan yang membanggakan.

PERSAINGAN YANG KOMPETITIF

Aksi persaingan yang kompetitif, diserikan dengan suasana ceria dan profesional, telah menjadikan keseluruhan kejohanan ini berlangsung dengan lancar, teratur dan penuh makna.

Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Presiden KGP Perlis berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah-hadiah kepada para pemenang utama.

Bagi kategori Medal A, juara dimenangi oleh Fauzi Osman, naib johan, Mohd Sahal Saidin, manakala tempat ketiga disandang oleh Zulkifli Said.

Sementara itu, bagi kategori Medal B, gelaran juara dirangkul oleh Nazmi Sabu, diikuti Ismarizal Ismail selaku naib johan dan tempat ketiga oleh Leftenan Kolonel Muhammad Shukri Abdullah. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.