70 Pemain Meriahkan SAP Perlis Amateur Open Championship 2026

70 Pemain Meriahkan SAP Perlis Amateur Open Championship 2026

Dari seluruh negara menyertai Syarikat Air Perlis (SAP) Perlis Amateur Open Championship 2026 di Kelab Golf Putra (KGP) Perlis, Sungai Batu Pahat.

Kejohanan edisi ke-20 itu berlangsung dari 21 hingga 24 Mei dengan penganjuran KGP Perlis bersama Malaysia Golf Association (MGA).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Presiden KGP Perlis berkenan berangkat menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan berkenaan.

Keberangkatan tiba Baginda disambut Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Naib Presiden 1 KGP Perlis, Datuk Noor Azman Abdul Rahman; Kapten KGP Perlis, Idris Tan Sri Sheikh Ahmad; wakil MGA, Azman Awang serta Ketua Pegawai Eksekutif SAP, Nik Nazreen Yusrie Nik Jusoh.

Kejohanan berprestij itu menerima sokongan dan tajaan SAP buat kali kedua berturut-turut, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat berkenaan dalam memperkasa pembangunan sukan golf di Perlis.

Antara kategori dipertandingkan ialah Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Intermediate serta Undangan VIP.

Kategori Terbuka Lelaki dimenangi pemain kebangsaan, Nor Haqiem Nor Hadi manakala Nurlyana Yasmin menjuarai Kategori Terbuka Wanita.

Bagi Kategori VIP pula, Nik Nazreen Yusrie Nik Jusoh muncul sebagai johan.

Penganjuran kejohanan itu turut dilihat mampu mempromosikan Perlis sebagai destinasi pelancongan sukan selain memperkenalkan keunikan padang golf KGP Perlis kepada peserta dari seluruh negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.