Raja Muda Perlis saran kerjasama membantu asnaf diperluas di segenap peringkat

Raja Muda Perlis saran kerjasama membantu asnaf diperluas di segenap peringkat

Oleh: Sholina Osman
19 FEB. 2026

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar kerjasama dalam membantu golongan asnaf di segenap peringkat diperluaskan, bukan sahaja melalui pemberian bantuan kewangan, malah dimerangkumi program pembangunan diri, pendidikan, latihan kemahiran serta peluang menjana pendapatan.

Inisiatif bersifat jangka panjang ini, titah Baginda, mampu mengubah nasib keluarga asnaf secara lebih mampan dan berkesan.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra, selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Hijrah Minda anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang diadakan di Masjid Al-Mursyid Guring, Pekan Pauh, Arau, baru-baru ini.

BERANGKAT SAMA IALAH

Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena majlis tersebut, sebanyak RM210,000 telah disumbangkan kepada golongan asnaf, yang terdiri daripada 75 orang anak kariah Guring, 75 orang anak kariah Padang Siding, 75 orang anak kariah Arau 1, dan 75 orang anak kariah Arau 2.

Di program yang sama Baginda Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda turut berkenan menyaksikan penerimaan Zakat Perniagaan kepada MAIPs daripada Takaful Ikhlas General Berhad berjumlah RM135,671 serta majlis penandatanganan Projek Wakaf Tanah Masjid Al-Mursyid Guring berkenaan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.