Amalan sedekah bukan saja pelaburan akhirat tetapi kukuhkan jaringan kebajikan – Raja Muda Perlis

Amalan sedekah bukan saja pelaburan akhirat tetapi kukuhkan jaringan kebajikan – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
19 FEB. 2026

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa amalan sedekah, infaq dan apa jua bentuk sumbangan merupakan pelaburan akhirat yang membawa keberkatan, di samping mengukuhkan jaringan kebajikan dalam masyarakat.

Baginda menyeru agar usaha memupuk budaya memberi terus diperkasakan, sama ada dalam bentuk bantuan kewangan, kepakaran, masa mahupun tenaga.

Tuanku Syed Faizuddin Putra menggalakkan semua pihak untuk terus mengamalkan infaq serta menyokong usaha kebajikan, dan pada masa yang sama menunaikan kewajipan membayar cukai. Kedua-dua tanggungjawab ini saling melengkapi dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat setempat sentiasa terpelihara.

PENYERAHAN AGIHAN ZAKAT

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyerahan Agihan Zakat anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis baru-baru ini.

Turut berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Sempena majlis berkenaan, sejumlah RM210,000 telah disalurkan oleh MAIPs kepada golongan asnaf terpilih yang melibatkan seramai 300 orang penerima, terdiri daripada 75 orang daripada anak kariah Seberang Ramai, 75 orang anak kariah Seberang Tok Pi, 75 orang anak kariah Padang Besar Selatan serta 75 orang lagi anak kariah Behor Masjid. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.