Raja Perlis berangkat sempurnakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga RRD dan KPTD

Raja Perlis berangkat sempurnakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga RRD dan KPTD

Oleh: Sholina Osman
2 MAC 2026

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa bersama warga Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) di Dewan Markas ke-30 Briged Infantri, Kem Bukit Cowder, Mata Ayer pada Sabtu malam.

Turut berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid.

Keberangkatan tiba Baginda berdua telah disambut oleh Pengerusi RRD, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar, Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Shamsulakmar Ismail dan Panglima Briged Ke-30 Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim bersama barisan pegawai dan anggota pasukan masing-masing.

MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN

Majlis berbuka puasa ini menjadi platform mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara institusi diraja yang mana Tuanku Raja Perlis adalah merupakan Kolonel Yang DiPertua bagi RRD dan KPTD bersama warga angkatan tentera, khususnya Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja.

Ia juga mencerminkan keprihatinan serta sokongan berterusan pihak Istana terhadap peranan dan pengorbanan anggota keselamatan negara.

Suasana majlis yang disekalikan dengan Sambutan Hari Ulangtahun Tentera Darat Malaysia ke-93 yang jatuh pada 1 Mac setiap tahun itu berlangsung dalam penuh tertib dan harmoni, disulami dengan semangat kebersamaan bersempena bulan Ramadan yang mulia.

Keberangkatan Tuanku Kolonel Yang DiPertua jelas menyuntik semangat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ serta menjadi penghargaan bermakna buat seluruh warga RRD dan KPTD atas khidmat bakti mereka kepada agama, bangsa dan negara. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.