MAIPs peruntuk RM3,156,560 kepada JAIPs laksana Sekolah Integrasi Perlis

MAIPs peruntuk RM3,156,560 kepada JAIPs laksana Sekolah Integrasi Perlis

Oleh: Sholina Osman
Foto Ihsan MAIPs
13 MAC 2026

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM3,156,560 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi pelaksanaan Sekolah Integrasi Perlis (SIP) tahun 2026.

Menurut kenyataan MAIPs, simbolik penyerahan peruntukan ini telah disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Yang Di-Pertua MAIPs, di Padang Besar baru-baru ini.

MAIPs diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor manakalah JAIPs diwakili oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pendidikannya, Muhammad Israf Ishak.

MANIFESTASI KOMITMEN MAIPs

Sekolah Integrasi Perlis (SIP) adalah manifestasi komitmen MAIPs dalam memperkukuh pendidikan agama Islam di peringkat sekolah rendah.

Program ini menyepadukan modul Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) MAIPs dan Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), menjadikannya pelengkap kepada pendidikan agama Islam sedia ada.

SIP dijalankan selepas sesi persekolahan setiap hari dan dikendalikan oleh JAIPs di premis-premis yang dipersetujui, dengan kerjasama erat Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.