Raja Muda Perlis Santuni Mangsa Kebakaran Awal Pagi, Sampaikan Sumbangan MAIPs

Raja Muda Perlis Santuni Mangsa Kebakaran Awal Pagi, Sampaikan Sumbangan MAIPs

KANGAR, 25 Mac 2026 — Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail berkenan berangkat menyantuni mangsa kebakaran di Taman Kemajuan, awal pagi tadi.

Dalam lawatan kira-kira jam 12.45 pagi itu, Baginda turut menyampaikan salam takziah daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail kepada keluarga terlibat.

Kunjungan pada hari kelima Aidilfitri (5 Syawal 1447H) itu mencerminkan keprihatinan berterusan institusi diraja terhadap kebajikan rakyat yang ditimpa musibah.

Dalam lawatan tersebut, Tuanku Raja Muda berkenan menyampaikan sumbangan awal daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada tiga daripada lima keluarga mangsa, manakala dua lagi keluarga berada di luar kawasan ketika lawatan berlangsung.

Sumbangan berkenaan bertujuan membantu meringankan beban segera mangsa dalam menguruskan keperluan asas pasca kebakaran.

Baginda turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan kediaman, khususnya melibatkan sistem pendawaian elektrik serta pengendalian bahan mudah terbakar bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berulang.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor yang mengiringi lawatan berkenaan, menekankan kepentingan perlindungan takaful kebakaran sebagai langkah persediaan menghadapi bencana tidak dijangka.

Lawatan berakhir dengan Baginda menyantuni mangsa bagi memberikan sokongan moral sebelum berangkat meninggalkan lokasi kejadian.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.