Raja Puan Muda Perlis Sambut Hari Keputeraan Ke-56, Diserikan Majlis Hi-Tea di Kangar

Raja Puan Muda Perlis Sambut Hari Keputeraan Ke 56, Diserikan Majlis Hi Tea di Kangar

KANGAR, 27 Mac – Sabtu, 28 Mac 2026 menyaksikan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyambut Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-56 dalam suasana penuh istiadat dan kesyukuran.

Seluruh rakyat negeri Perlis dengan penuh takzim merafakkan sembah serta setinggi-tinggi doa ke hadrat Allah SWT agar Baginda Tuanku dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lindungan dan inayah-Nya.

Doa dipanjatkan agar Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan berterusan, usia yang diberkati serta dipermudahkan segala urusan dalam memayungi negeri dan rakyat jelata.

Menelusuri riwayat hidup Baginda yang berjiwa ilmuwan, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah diputerakan pada 28 Mac 1970 di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Convent Bukit Nanas sebelum melanjutkan pelajaran ke Melbourne Girls Grammar School, Australia. Keunggulan akademik Baginda diteruskan di peringkat pengajian tinggi dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari La Trobe University, Melbourne, diikuti Ijazah Sarjana dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Kemuncak kecemerlangan intelektual Baginda terserlah apabila dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) daripada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, sekali gus memahatkan Baginda sebagai antara figura diraja berilmu yang disegani.

Dalam perkembangan berkaitan, Baginda turut berkenan berangkat menghadiri Majlis Hi-Tea anjuran Butik Diini Rizqin Bawal Exclusive Perlis yang berlangsung di KPARC Business Centre, di sini.

Turut berangkat sama ialah anakanda puteri Baginda, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Butik Diini Rizqin dikenali sebagai antara butik pilihan utama di negeri ini, menampilkan koleksi Bawal Exclusive yang menggabungkan kualiti premium, rekaan elegan serta keselesaan pemakaian.

Majlis berkenaan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi ‘Hijab Styling’, ‘Make-up Tutorial’ dan ‘Colour Analysis’ yang memberi panduan praktikal kepada para tetamu dalam aspek penggayaan, solekan serta pemilihan warna yang bersesuaian.

Pada majlis sama, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah turut berkenan menyempurnakan acara pemotongan kek sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Baginda, sekali gus menambah seri sambutan dalam suasana penuh mesra dan bermakna.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.