RAU, 2 April 2026 – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Negeri Perlis menerima suntikan dana tahunan sebanyak RM50,000 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun 2026.
Menurut kenyataan MAIPs hari ini, penyerahan simbolik cek berkenaan telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail kepada Bendahari Kehormat PERKIM Perlis, Haji Mohd Arshad Daud, di Masjid Negeri Arau baru-baru ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Sebagai sebuah badan kebajikan berteraskan Islam, PERKIM memberi tumpuan kepada usaha membimbing golongan mualaf serta memperkasa pembangunan masyarakat.
Organisasi yang ditubuhkan sejak tahun 1961 itu berperanan memastikan kebajikan ahli-ahlinya sentiasa terbela di samping memperkukuh kefahaman agama dalam kalangan mereka.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia