Perlis Old School Juara, Tewaskan Bekpes Hot FC Dalam Penalti Sempena Jubli Perak Raja Perlis

Perlis Old School Juara, Tewaskan Bekpes Hot FC Dalam Penalti Sempena Jubli Perak Raja Perlis

Pasukan Perlis Old School muncul juara selepas menewaskan Bekpes Hot FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi penuh dramatik di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada Ahad malam.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa penuh sebelum pemenang ditentukan melalui sepakan penalti yang memihak kepada Perlis Old School.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan sepak mula, menyaksikan perlawanan serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Perlawanan berkenaan dianjurkan sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran serta Pengarah Media Prima Omnia, Sharifah Omar.

Aksi penuh nostalgia itu turut menampilkan barisan legenda Singa Utara seperti Saidin Osman, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain dan Azizi Mat Rose yang memperkuatkan Perlis Old School.

Sementara itu, Bekpes Hot FC pula dibarisi bekas pemain kebangsaan seperti Muhamad Khalid Jamlus, Zaquan Adha dan Amri Yahyah.

Perlawanan turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti termasuk Johan Raja Lawak, Ag Azmeer serta Farah Fauzana yang bertindak sebagai pengurus pasukan.

Suasana kian meriah apabila penonton turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Ara Johari dan W.A.R.I.S, menjadikan acara tersebut sebagai gabungan sukan dan hiburan yang mendapat sambutan hangat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.