Cabaran dunia kian tidak menentu tuntut umat Islam perkasa kekuatan dalaman – Raja Muda Perlis

Cabaran dunia kian tidak menentu tuntut umat Islam perkasa kekuatan dalaman – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
14 APRIL 2026

Cabaran dunia yang kian tidak menentu hari ini menuntut umat Islam untuk kembali memperkasakan kekuatan dalaman.

Ketahanan ummah bukan sekadar bersandarkan faktor luaran, malah berakar tunjang pada penguasaan ilmu, keutuhan perpaduan, kestabilan ekonomi, serta keluhuran akhlak.

Sehubungan itu, institusi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memikul amanah kritikal dalam menerajui pembangunan ummah secara holistik.

PELBAGAI INISIATIF STRATEGIK

Melalui pelbagai inisiatif strategik dalam bidang pendidikan, kebajikan, dan pemerkasaan ekonomi, MAIPs komited membina jati diri masyarakat Islam yang kental, khususnya di Perlis dan rantau ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika berkenan berangkat menyempurnakan Program Agihan Zakat MAIPs di Masjid Al-Ittifaqiah, Mengkuang Layar, Utan Aji dekat Kangar baru-baru ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

USAHA MERINGANKAN BEBAN

Program agihan zakat ini merupakan inisiatif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam usaha meringankan beban kos sara hidup golongan asnaf, di samping menjadi manifestasi komitmen berterusan MAIPs dalam memperkasa kesejahteraan ummah serta memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan dan sumbangan yang sewajarnya.

Dalam majlis tersebut, Baginda berdua berkenan menyempurnakan penyerahan agihan zakat MAIPs berjumlah RM105,000 kepada seramai 150 penerima, terdiri daripada 75 anak kariah Mengkuang Layar dan 75 lagi dari kariah Long Boh. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.