Majlis Mengadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Baharu

Majlis Mengadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Baharu

21 April 2026
Arau

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima sembah mengadap pengenalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis yang baharu, Datuk Noor Azman Abdul Rahman secara rasmi dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.

Datuk Noor Azman memulakan tugas beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 9 Mac 2026, menggantikan penyandang terdahulu, Datuk Rahimi Ismail yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Pelantikan beliau membawa bersama pengalaman luas dalam perkhidmatan awam, termasuk pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia dari tahun 2023 hingga 2026.

Sebelum majlis mengadap tersebut, beliau turut diaturkan siri pertemuan bersama beberapa agensi dan organisasi yang dinaungi oleh Tuanku Raja Muda Perlis, antaranya Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Rejimen 504 Askar Wataniah, Persatuan Woodball Negeri Perlis, Kelab Golf Putra serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), sebagai usaha memperkukuh jaringan kerjasama serta memahami peranan strategik setiap entiti dalam pembangunan negeri.

Majlis mengadap ini mencerminkan komitmen berterusan Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam memastikan kesinambungan pentadbiran yang cekap, berintegriti dan berorientasikan rakyat.

Ia juga menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan antara Institusi Diraja dan jentera pentadbiran negeri, selaras dengan aspirasi memperkasa tadbir urus yang mampan serta memacu kemajuan Perlis secara holistik dan inklusif.

Foto: YTSP Perlis

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.