Pegangan agama utuh bertindak sebagai panduan moral yang kukuh – Raja Muda Perlis

Pegangan agama utuh bertindak sebagai panduan moral yang kukuh – Raja Muda Perlis

Oleh: Sholina Osman
28 APRIL 2026

Pegangan agama yang utuh bertindak sebagai panduan moral yang kukuh. Dalam dunia yang penuh dengan perubahan dan keliru (dunia VUCA – Volatile, Uncertain, Complex, Ambiguous), nilai-nilai agama membantu pelajar membezakan antara hak dan batil, membolehkan mereka menilai situasi dengan bijak, serta menetapkan hala tuju hidup yang berteraskan prinsip yang betul.

Pada masa yang sama juga, asas agama yang kukuh perlu disepadukan dalam kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan baik sekolah maupun universiti untuk melahirkan insan yang bukan sahaja pintar, tetapi juga bertakwa, jujur, dan bertanggungjawab.

Demikian titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menyempurnakan penyampaian sumbangan agihan zakat MAIPs berjumlah RM105,000 di Masjid Jabal Al-A’la, Kampung Melayu, Kaki Bukit baru-baru ini.

RAJA PUAN MUDA

Turut berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Mengiringi Baginda berdua ialah Ketua Pegawai Eksekitif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Program anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini dilaksanakan di masjid-masjid seluruh negeri, dengan matlamat menyantuni golongan asnaf secara langsung dalam kalangan anak kariah setempat.

Dalam majlis tersebut, Baginda berdua berkenan menyempurnakan penyerahan sumbangan wang tunai sebanyak RM700 kepada 150 penerima, melibatkan 75 anak kariah Kampung Melayu dan 75 lagi dari Lubuk Sireh. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.