Raja Muda Perlis dahului senarai 24 penerima darjah kebesaran

Raja Muda Perlis dahului senarai 24 penerima darjah kebesaran

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mendahului senarai 24 penerima Darjah Kebesaran Negeri Perlis sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, di sini, hari ini.

Pada istiadat pengurniaan sesi pertama itu, Tuanku Syed Faizuddin dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Setia Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Turut menerima anugerah sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Tengku Puteri Mahkota Perlis, Datuk Seri Datin Paduka Sharifah Fazira Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Kerajaan Perlis dalam kenyataan berkata, enam individu pula dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka membabitkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Panglima Angkatan Tentera, Datuk Malek Razak Sulaiman dan Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

Turut menerima darjah kebesaran SPMP ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; mantan KPN, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengerusi Bersama Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali.

Sementara itu, bagi Darjah Dato’ Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSSJ) yang membawa gelaran Datuk Paduka pula dikurniakan kepada dua penerima iaitu kerabat diraja, Tengku Ariez Hazaril Abdul Halim dan Ketua Pengarah Eksekutif PPK Teknologi Sdn Bhd, Dr Aminuddin Ahmad Kayani.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Shaharrudy Othman pula menjadi penerima tunggal Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perlis (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Bagi Darjah Dato’ Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ) yang membawa gelaran Datuk, lima individu disenaraikan sebagai penerima iaitu Panglima Markas 5 Divisyen, Mejar Jeneral Shamshor Jaafar; Ketua Pengarah Operasi dan Latihan (OPLAT) Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Hashim Osman; pegawai Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Jasmeet Singh Saren Manjit Singh; Kapten Wan Muzairul Wan Mahazir dari Firefly Airlines dan Presiden Institut Akauntan Malaysia, Saniza Said.

Tahun ini turut menyaksikan pengurniaan Darjah Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada empat penerima iaitu Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Perlis, Dr Hari Ram Ramayya; Penasihat Undang-Undang Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Khairul Anuar Che Azmi; Pengarah Urusan Konsortium Bumita Nepta Sdn Bhd, Lee Mo Toi dan Tan Swee Leong.

Tiga lagi individu melengkapkan senarai sesi pertama tahun ini menerusi pengurniaan Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) diketuai Pengarah Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Brig Jen Azhar Ahmad; Timbalan Pengarah di Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM), Nor Asnidar Aziz dan Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Negeri Perllis, Iyaru Muthusamy.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.