Wartawan JM
15 MEI 2026
Lebih 1,380 peserta tetap memeriahkan acara Fun Run sejauh lima kilometer (km) di Pantai Tengah, Pulau Langkawi sekalipun terpaksa meredah hujan.
Program itu dianjurkan bersempena dengan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) ke-39 yang berlangsung di Langkawi dari 13 hingga 15 Mei.
Majlis pelepasan disempurnakan Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin merangkap Komander Rejimen 513 Askar Wataniah.
Turut menyertai acara ini, Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis, Mejar (Kehormat) Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Tunku Temenggong Kedah Brigedier Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.
500 PEMENANG TERAWAL
Penyertaan secara percuma itu menyediakan pingat kepada 500 pemenang terawal melepasi garis penamat.
SKAW merupakan platform strategik yang menghimpunkan kepimpinan tertinggi Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia bagi memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan negara, khususnya dalam aspek latihan, pengurusan sumber manusia, logistik, pentadbirandan keupayaan operasi pasukan.
Sidang kali ini dipengerusikan Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohammad Suria Mohamad Saad, dan Timbalan Pengerusi Asisten Ketua Staf Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad. – SUMBER : BERITA RTM
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia