Pendidikan Di Kalangan Generasi Muda Perlu Terus Diperkasa – Raja Muda Perlis

Pendidikan Di Kalangan Generasi Muda Perlu Terus Diperkasa – Raja Muda Perlis

Pendidikan serta kesedaran masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda, perlu terus diperkasakan agar mereka menjadi pewaris yang berilmu, bertanggungjawab, dan mempunyai kesedaran tinggi dalam menjaga serta mempertahankan khazanah alam negara daripada terus terancam.

Penglibatan agensi Negeri dan Persekutuan, sektor swasta, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan, serta komuniti setempat menjadi kekuatan utama dalam menjayakan agenda kelestarian alam sekitar.

Semangat kolaboratif ini perlu terus diperkasa agar setiap inisiatif yang dilaksanakan dapat memberi impak yang lebih menyeluruh, mampan dan berkesan.

CABARAN PERUBAHAN IKLIM

Dalam mendepani cabaran perubahan iklim yang semakin membimbangkan, setiap usaha yang dilakukan walaupun kecil akan tetap membawa impak yang besar kepada masa depan alam sekitar.

Justeru, adalah diseru agar kesedaran dan tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar terus dipupuk serta diamalkan secara konsisten dalam kehidupan seharian masing-masing.

Usaha berterusan untuk memulihara khazanah alam demi masa depan yang lebih lestari hendaklah sentiasa dirancang dan dilaksanakan.

MENGETUAI PROGRAM MAIPs

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengetuai Program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berlangsung di sekitar Simpang Empat baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni dan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada Termizi Hamid 64, dari Kg Batas Lintang, Md Nasir Salleh 70, dari Kg Datuk Ahmad Musa dan Zauyah Harun 77, dari Kampung Bunga Emas Timur.

Program MAIPs Peduli bukan sekadar meringankan beban, malah menjadi pemangkin utama dalam meningkatkan taraf hidup asnaf di negeri Perlis.

Langkah ini membuktikan komitmen padu institusi agama dalam membina komuniti yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan. – JM

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.