Tripartisme Harmoni Tarik Pelaburan, Pacu Ekonomi Perlis – Raja Muda Perlis

3f5a3841 9081 42bf adf9 8dc8cdbf4de6

KANGAR, 12 Jun 2026 – Hubungan harmoni tripartisme antara kerajaan, majikan dan pekerja merupakan faktor penting dalam menarik pelaburan baharu serta memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Perlis.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kerjasama erat antara ketiga-tiga pihak itu mampu mewujudkan suasana perniagaan yang stabil, aman dan kondusif, sekali gus mengurangkan risiko pertikaian industri yang boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

Titah baginda dizahirkan selepas berkenan berangkat mengetuai program MAIPs Peduli anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis di sekitar Kampung Padang Pauh dekat Kangar baru-baru ini.

recommended by

DTSH
Claim Your 100% Trading Bonus Now
Learn more
Menurut baginda, kestabilan hubungan perusahaan dan persefahaman antara semua pihak berkepentingan merupakan elemen penting dalam membentuk ekosistem ekonomi yang mampan serta berdaya saing.

Program kayuhan amal yang dilaksanakan secara berterusan itu merupakan inisiatif MAIPs bagi mengesan serta menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan mengikut kariah di seluruh negeri.

Related Articles

TikToker direman empat hari atas dakwaan dalam talian yang melibatkan pendaki yang diselamatkan, Jaslinda
12 June 2026
Kedutaan Malaysia memberi amaran kepada rakyat supaya menjauhi demonstrasi di Jakarta
12 June 2026
Pada program berkenaan, baginda berkenan menyempurnakan penyerahan bantuan agihan zakat MAIPs kepada tiga penerima asnaf terpilih iaitu Remli Abas, 67, dari Lorong Haji Saman, Jalan Kaki Bukit; Adnan Ismail, 63, dari Jalan Kaki Bukit; dan Mohd Jaffri Md Arof, 64, dari Kampung Behor Inai.

Program Kayuhan MAIPs Peduli akan terus diperkasakan sebagai manifestasi keprihatinan MAIPs dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberikan perhatian secara menyeluruh, di samping memperkukuhkan hubungan erat antara institusi agama dan masyarakat.

Sempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut meluangkan masa meninjau serta menerima taklimat mengenai status terkini projek penaiktarafan Masjid Sirajuddin yang disampaikan oleh pegawai daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perlis.

Baginda berharap usaha memperkukuh pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat dan kemudahan awam dapat terus dilaksanakan secara bersepadu demi kesejahteraan rakyat serta kemajuan negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.