Raja Muda Perlis salur sumbangan awal kepada mangsa kebakaran

Raja Muda Perlis salur sumbangan awal kepada mangsa kebakaran

KUALA PERLIS, 13 Jun – Masyarakat digesa supaya memeriksa sistem pendawaian elektrik di kediaman masing-masing secara berkala serta mendapatkan khidmat pemeriksaan daripada pihak bertauliah sekiranya terdapat kerosakan atau tanda-tanda pendawaian yang tidak selamat, bagi mengelakkan risiko litar pintas dan kebakaran.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah tersebut mampu mencegah kejadian tidak diingini, sekali gus mengelakkan risiko kebakaran yang boleh mengancam nyawa serta merosakkan harta benda.

“Sentiasa matikan suis dan cabut palam peralatan elektrik yang tidak digunakan sebelum keluar rumah, serta elakkan menggunakan soket secara berlebihan.

“Kikis sikap ‘3L’ iaitu Lupa, Lalai, dan Leka, terutamanya ketika memasak atau mengendalikan bahan mudah terbakar,” titah baginda.

Bainda bertitah demikian ketika berkenan berangkat menziarahi dan menyampaikan sumbangan awal daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada mangsa kebakaran di Kampung Seberang Alor, di sini.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Awal pagi tadi, sebanyak lapan keluarga terjejas dalam kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Alor, namun tiada individu terlibat.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.