Raja Muda Perlis Lawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard, Santuni Keunikan Budaya Sarawak

Raja Muda Perlis Lawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard, Santuni Keunikan Budaya Sarawak

KUCHING, 27 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat melawat Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard di sini hari ini.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Pengarah muzium, Aniella Siam, Timbalan Pengarah Yasmin Khalid Nicholls serta pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium Sarawak.

Turut berangkat ialah Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Mengiringi lawatan tersebut ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu bersama isteri, Datin Rosemarie Wong.

Sepanjang lawatan, baginda diberikan taklimat mengenai sejarah penubuhan Brooke Dockyard serta peranannya dalam pembangunan industri maritim dan pembinaan kapal di Sarawak. Baginda turut berkenan meninjau pelbagai artifak, bahan pameran dan koleksi bersejarah yang dipamerkan di muzium berkenaan.

Selain melawat muzium, Tuanku Raja Muda Perlis dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis turut berkenan berangkat menyaksikan persembahan sempena Rainforest World Music Festival 2026 yang berlangsung di Kampung Budaya Sarawak.

Festival muzik bertaraf antarabangsa itu berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad dan menjadi antara pengisian utama sepanjang lawatan rasmi baginda ke Sarawak.

Baginda berdua dijadualkan berangkat pulang ke Perlis pada Isnin selepas menamatkan lawatan rasmi selama tiga hari ke negeri Sarawak yang turut memberi peluang untuk mendekati warisan sejarah, budaya dan industri negeri berkenaan.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.