Raja Muda Perlis Berkenan Hadiri Majlis Santapan Bersama Timbalan Menteri Sarawak

Raja Muda Perlis Berkenan Hadiri Majlis Santapan Bersama Timbalan Menteri Sarawak

UCHING, 29 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan oleh Gerald Rentap Jabu bersama isteri, Datin Rosemarie Wong di restoran KANTIN at The Granary, di sini.

Majlis tersebut menjadi platform penting dalam mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh jaringan kerjasama antara para tetamu yang hadir dari Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Singapura, Australia dan Sarawak.

Dalam suasana santai dan penuh mesra, keberangkatan Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis menyerlahkan keperibadian baginda berdua yang bersahaja serta dekat dengan masyarakat, sekali gus mewujudkan suasana penuh keakraban bersama para jemputan.

Majlis turut diserikan dengan pengendalian acara oleh Emily Yii dan Carmen Toh yang memperkenalkan keunikan budaya serta warisan Sarawak kepada para tetamu dengan penuh yakin dan profesionalisme. Mereka turut menghidupkan suasana melalui sesi nyanyian bersama yang mendapat sambutan meriah pada penghujung acara.

Keberangkatan Baginda berdua turut diiringi oleh Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail yang tidak melepaskan peluang mencuba memainkan alat muzik tradisional Sarawak, sape, sekali gus memperlihatkan penghargaan terhadap kepelbagaian seni, budaya dan warisan negeri tersebut.

Majlis berkenaan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dan menjadi wadah bermakna dalam memperkukuh hubungan persahabatan, selain meraikan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan serta kebanggaan masyarakat Malaysia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.