MAIPs rekod 42,000 asnaf, lebih 1,500 anak asnaf berjaya ditempatkan dalam pekerjaan menerusi TVET

MAIPs rekod 42,000 asnaf, lebih 1,500 anak asnaf berjaya ditempatkan dalam pekerjaan menerusi TVET

PADANG BESAR, 12 Julai – Seramai kira-kira 42,000 asnaf di seluruh Perlis direkodkan menerima manfaat menerusi pelbagai skim agihan dan bantuan zakat yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor berkata, bantuan itu merangkumi pelbagai inisiatif termasuk sara hidup, perubatan, perumahan, pelajaran, dakwah dan pendidikan bagi memastikan kebajikan golongan yang memerlukan terus terbela.

Beliau berkata, dari aspek pemerkasaan asnaf pula, MAIPs telah memperuntukkan lebih RM5 juta melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bagi melaksanakan Program Latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta penempatan pekerjaan kepada anak-anak asnaf.

“Sehingga kini, kira-kira 1,500 pelajar daripada golongan asnaf berjaya memperoleh pekerjaan menerusi inisiatif tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyampaian Agihan Zakat yang disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Waris Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail di Masjid Al-Huda, Felda Mata Air, baru-baru ini. Royalti

Menurut beliau, program agihan zakat berkenaan merupakan inisiatif berterusan MAIPs dalam menyantuni golongan asnaf, meringankan beban kos sara hidup serta memperkukuhkan hubungan silaturahim antara institusi zakat dengan masyarakat setempat.

Pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang Dipertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM105,000 kepada 150 penerima, membabitkan 75 penerima daripada kariah Felda Mata Air dan 75 lagi daripada kariah Batu 20 Kok Mak.

Agihan tersebut mencerminkan komitmen berterusan MAIPs dalam memastikan hasil kutipan zakat disalurkan secara telus, sistematik dan berkesan kepada golongan yang benar-benar layak, sekali gus memperkukuhkan agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat di negeri Perlis.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.