Raja Muda Perlis Sempurnakan Pelancaran Promosi Pelancongan Zhouzhuang China Di Malaysia

Raja Muda Perlis Sempurnakan Pelancaran Promosi Pelancongan Zhouzhuang China Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Perasmian Pelancongan Zhouzhuang, China di Malaysia yang berlangsung di InterContinental Hotel Kuala Lumpur.

Keberangkatan baginda berdua disambut Timbalan Presiden World Research Travel Organization (WRTO) Malaysia, Datuk Rashidi Hasbullah, Pengurus Besar Kumpulan Pelancongan Zhouzhuang China, Ye Xin, dan Pengarah Urusan BMC Travel, Billy Leong.

Zhouzhuang merupakan antara destinasi pelancongan warisan paling terkenal di China dan diiktiraf sebagai China’s National 5A Tourism Destination, iaitu penarafan tertinggi yang diberikan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China kepada destinasi yang memenuhi piawaian terbaik dari segi nilai warisan, kualiti perkhidmatan, kemudahan pelancongan, pengurusan serta pemeliharaan alam sekitar.

Majlis itu menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan pelancongan, kebudayaan dan ekonomi antara Malaysia dan China, sekali gus membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam industri pelancongan dua hala.

Dalam majlis berkenaan, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyempurnakan gimik pelancaran rasmi promosi Zhouzhuang di Malaysia sebagai simbol bermulanya usaha memperkenalkan destinasi pelancongan bertaraf dunia itu kepada pasaran Malaysia.

Baginda turut berkenan menyaksikan majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara World Research Travel Organization (WRTO) Malaysia, BMC Travel dan Zhouzhuang Tourism Group.
Kerjasama strategik tersebut dijangka memperkukuh usaha mempromosikan pertukaran pelancong, pembangunan produk pelancongan serta memperluaskan jaringan industri pelancongan antara Malaysia dan China.

Penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh hubungan persahabatan Malaysia-China melalui sektor pelancongan, di samping menyokong pertumbuhan industri pelancongan yang mampan serta memberi manfaat kepada ekonomi dan masyarakat kedua-dua negara.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.