Budaya Prihatin Asas Kesejahteraan Ummah – Raja Muda Perlis

Budaya Prihatin Asas Kesejahteraan Ummah – Raja Muda Perlis

BESERI, 31 Julai – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah budaya saling membantu, saling mengambil berat dan saling menyantuni perlu terus dipupuk dalam kalangan masyarakat sebagai asas penting untuk memperkukuhkan kesejahteraan ummah. KerajaanTempatan & Negeri

Baginda bertitah, masyarakat yang penyayang ialah masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap jiran, ahli keluarga dan komuniti di sekeliling mereka.

Menurut baginda, setiap sumbangan yang dihulurkan dengan penuh keikhlasan, walaupun kecil nilainya, mampu membawa sinar harapan serta meringankan beban mereka yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Pada masa sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut menzahirkan penghargaan kepada para usahawan yang terus gigih membangunkan ekonomi negeri melalui pelbagai inisiatif keusahawanan.

“Lawatan ke premis usahawan MARA diharap dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan perusahaan tempatan di samping meningkatkan keyakinan masyarakat untuk terus menyokong produk dan perkhidmatan yang diusahakan oleh anak-anak Perlis,” titah baginda. PendudukPribumi

Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat mengetuai Program Konvoi MAIPs Peduli anjuran Persatuan Alumni MRSM Beseri (ANSERI), Persatuan Kaunseling dan Psikologi MARA (PEKAMARA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Usahawan MARA serta Rural Capital Berhad (RCB) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar Beseri, baru-baru ini.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan baginda berdua disambut Timbalan Ketua Pengarah MARA (Keusahawanan), Ir. Mahzan Teh; Pengarah MARA Negeri Perlis, Mohd Norwawi Ibrahim; Pengetua MRSM Beseri, Mohd Rizalmi Dahaman serta barisan pengurusan tertinggi MARA.

Sepanjang program konvoi itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menziarahi tiga keluarga asnaf terpilih iaitu Che Munir Mansor dari Batu 5, Kampung Paya; Hamidah Noh, 67, dari Kampung Semadong; dan Salim Ali, 75, dari Kampung Padang Malau.

Setiap penerima menerima sumbangan wang tunai RM700, Kit MAIPs Peduli, beras fidyah serta sumbangan tambahan daripada Rural Capital Berhad (RCB) dan Persatuan Alumni MRSM Beseri (ANSERI) sebagai usaha membantu meringankan beban kehidupan mereka.

Selain menyantuni golongan memerlukan, rombongan konvoi turut mengadakan kunjungan ke beberapa premis usahawan bimbingan MARA di sekitar Beseri bagi meninjau perkembangan perusahaan tempatan serta memperkukuhkan hubungan antara institusi, usahawan dan komuniti. PendudukPribumi

Antara yang dikunjungi ialah premis UNI DENTAL, sebuah perusahaan bimbingan MARA dalam bidang perkhidmatan pergigian. Lawatan tersebut memberi peluang kepada baginda meninjau sendiri perkembangan usahawan tempatan serta menghargai usaha mereka dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada masyarakat, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.