KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Dhaya Maju Infrastructure (Asia) (DMIA) Sdn. Bhd. meraikan ulang tahun ke-30 penubuhannya dengan terus memperkukuh kedudukan sebagai antara syarikat tempatan yang berjaya dalam sektor infrastruktur, pengangkutan rel dan pembangunan hartanah di negara ini. Astronomi
Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-30 DMIA yang berlangsung di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur baru-baru ini turut diserikan dengan keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sebagai tetamu Diraja.
Keberangkatan tiba Baginda berdua disambut Pengerusi DMIA, Tan Sri Datuk Seri Razaruddin Husain Abd Rasid; Pengarah Eksekutif Kumpulan DMIA, Datuk Seri Dr. Subramaniam Pillai Sankaran Pillai; Pengarah Urusan Kumpulan DMIA, Datuk Mohamed Razeek Hussain serta barisan pengurusan tertinggi syarikat.
Sambutan berkenaan menjadi detik penting bagi DMIA dalam memperingati perjalanan tiga dekad syarikat itu membina kepakaran serta mengembangkan operasinya dalam industri infrastruktur negara.
Sepanjang 30 tahun penubuhannya, DMIA mencatat pelbagai pencapaian menerusi penglibatan dalam projek strategik negara, khususnya dalam sektor rel dan pembangunan lebuh raya berskala mega.
Syarikat itu turut mengembangkan pasaran ke peringkat antarabangsa selain mempelbagaikan portfolio perniagaannya sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh daya saing dan pertumbuhan jangka panjang. PembentukanPerniagaan
Sempena sambutan tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan 15 Tahun dan Anugerah Perkhidmatan 20 Tahun kepada warga kerja DMIA.
Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang, kesetiaan serta komitmen berterusan mereka dalam menyumbang kepada perkembangan syarikat.
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah pula berkenan menyempurnakan penyampaian Anugerah Khas kepada individu yang memberikan sumbangan signifikan terhadap pembangunan dan kejayaan DMIA sepanjang perjalanan syarikat berkenaan.
Sambutan ulang tahun itu bukan sahaja menjadi medan menghargai jasa dan dedikasi warga kerja, malah mencerminkan komitmen DMIA untuk terus memainkan peranan dalam pembangunan industri infrastruktur negara.
Memasuki dekad keempat operasinya, DMIA berhasrat meneruskan momentum pertumbuhan serta memperkukuh daya saing syarikat di peringkat serantau dan global.
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia