Konsulat Malaysia di Melbourne Perkukuh Hubungan Dua Hala Malaysia–Australia

Konsulat Malaysia di Melbourne Perkukuh Hubungan Dua Hala Malaysia–Australia

Melbourne ­­− Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne sentiasa komited dalam usaha berterusan untuk terus menyumbang bagi memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat antara Malaysia-Australia, khususnya melibatkan peluang kerjasama dengan Victoria.

Antara bidang yang menjadi tumpuan ialah perdagangan, pelaburan, pendidikan, penyelidikan, industri halal, pelancongan dan kebudayaan.

Berdasarkan kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pada tahun 2025, jumlah nilai dagangan dua hala antara Malaysia-Australia mencecah sehingga RM78.63 bilion (USD18.38 bilion).

Sementara itu, didapati sebanyak 12,104 pelajar Malaysia sedang mengikuti pengajian di Australia berdasarkan statistik sehingga bulan Jun 2026.

Pada masa yang sama, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne kekal fokus dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia yang berada di Victoria, khususnya berkaitan dengan urusan konsular dan perkhidmatan imigresen berdasarkan peraturan-peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa.

Rakyat Malaysia di Victoria turut dipelawa untuk terus mengikuti hebahan dan maklumat yang disampaikan dari semasa ke semasa menerusi laman sesawang rasmi serta saluran media sosial Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, iaitu Instagram dan Facebook.

Hubungan sesama rakyat antara kedua-dua negara juga kekal rancak, apabila Melbourne menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti ke Australia.

Sehubungan dengan itu, warganegara Malaysia diingatkan supaya sentiasa mematuhi dan menghormati undang-undang tempatan serta berhubung rapat dengan pejabat Konsulat Jeneral Malaysia sekiranya berdepan sebarang kecemasan atau situasi luar jangka yang memerlukan nasihat konsular.

Selain itu, semua rakyat Malaysia yang melancong ke Australia tidak boleh menyalahgunakan visa pelancong dan hendaklah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan dalam visa berkenaan.

Perkara tersebut dipersembahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud, kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selepas menerima sumbangan Bantuan Ibnu Sabil daripada MAIPs berjumlah RM5,000 yang diserahkan oleh baginda sejurus berangkat tiba di Melbourne.

Turut berangkat bersama-sama dengan baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Turut hadir ialah Konsul Muda di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Mohd Adham Yahaya.

Kredit Foto: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.