Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Berkenan Berangkat ke Majlis Jalinan Wawasan

Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis Berkenan Berangkat ke Majlis Jalinan Wawasan

George Town − Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri Majlis Jalinan Wawasan yang berlangsung di Wawasan Open University (WOU), Pulau Pinang.

Program tersebut diadakan bersempena dengan program Bengkel ke Arah Pembinaan Jati Diri yang Cemerlang untuk Pelajar Terbaik, Cemerlang dan Pengawas Terpilih di Negeri Perlis 2026 yang berlangsung di Pulau Pinang anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Keberangkatan tiba Duli-duli Tuanku di Lobi Rumah Agam, WOU disambut mesra oleh Pengerusi Wawasan Education Foundation (WEF), Tan Sri Andrew Sheng Len Tao; Ahli Lembaga Pengarah WOU, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan juga Norziana Mohd Inon; Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Yap Eng Hwa; serta Ahli Lembaga Pengarah YTSP Perlis, Datuk Seri Syed Mohamad Syed Murtaza.

Baginda berdua berkenan menyempurnakan sesi menandatangani buku pelawat, bergambar kenangan bersama-sama dengan Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti, Ketua-ketua Jabatan, dan para fasilitator, serta bertukar cenderamata kenangan, sebelum memulakan santapan petang dan kemudiannya mengadakan lawatan.

Selepas majlis tersebut, Tuanku Raja Muda bertitah menyeru agar para pelajar membina kekuatan dalaman yang kukuh kerana dunia yang bakal ditempuhi mungkin penuh dengan cabaran, persaingan dan perubahan.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, “Hanya mereka yang mempunyai jati diri, disiplin, ketahanan mental dan prinsip hidup yang teguh akan mampu berdiri dengan yakin menghadapi segala cabaran mendatang tersebut.”

Kredit Foto: YTSP Perlis

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.