ARAU, 23 Ogos: RHB Islamic Bank Berhad menyalurkan zakat korporat berjumlah RM1.1 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi menyokong usaha memperkasa golongan asnaf di negeri ini. Kredit& Pinjaman
Penyerahan zakat berkenaan berlangsung dalam satu majlis di Masjid Al-Abrar, Kubang Gajah di sini yang disempurnakan Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua MAIPs, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
recommended by
Starline
Turunkan 7–12 kg dalam 30 hari — Cuba malam ini juga
Ketahui Lanjut
Hadir sama Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.
Ketahui lebih lanjut
Kredit & Pinjaman
Agensi Kerajaan
Perbankan
Adissadikin berkata, penyaluran zakat korporat itu mencerminkan komitmen berterusan RHB Islamic dalam menyokong usaha MAIPs memperkasa asnaf, bukan sekadar memenuhi keperluan semasa tetapi membantu mereka membina kehidupan lebih berdikari dan sejahtera.
Related Articles
Ogawa pertaruh AI, biohacking menerusi Maestro untuk pemulihan harian
23 August 2026
Lebih 1,500 Komuniti Papar Diperkasa Keselamatan Dalam Talian
23 August 2026
“Kerjasama ini diharap dapat membantu lebih ramai asnaf membina sumber pendapatan yang mampan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga serta seterusnya keluar daripada kebergantungan kepada bantuan zakat,” katanya.
Dalam majlis sama, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan menyempurnakan penyerahan Agihan Zakat MAIPs berjumlah RM105,000 kepada 150 penerima daripada dua kariah setempat.
Daripada jumlah itu, 75 penerima dari Kariah Kubang Gajah dan 75 lagi dari Kariah Alor Ara masing-masing menerima wang tunai RM700.
Kesemua penerima turut menerima sumbangan tambahan daripada RHB Islamic Bank Berhad.
Sementara itu, Mohd Nazim berkata, agihan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs memastikan manfaat zakat disampaikan secara langsung kepada golongan memerlukan.
Menurutnya, usaha itu diharap dapat membantu meringankan beban penerima selain meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.
Foto: MAIPs
Aplikasi MyHRMIS Mobile: Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia