UniSIRAJ kekal ISO 9001-2015, audit tanpa Major NCR

UniSIRAJ kekal ISO 9001 2015, audit tanpa Major NCR

SAMARKAND, 6 Okt. – Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) terus memperkukuh kredibilitinya apabila berjaya mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 – Sistem Pengurusan Kualiti menerusi Lloyd’s Register Quality Assurance (LRQA), Mei lalu.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pencapaian itu lebih bermakna apabila UniSIRAJ berjaya melalui Audit LRQA Surveillance 1 tanpa sebarang Major Non-Conformity (Major NCR) serta menerima syor untuk meneruskan pensijilan berkenaan.

Baginda bertitah, kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan UniSIRAJ dalam memastikan sistem pengurusan kualiti universiti dilaksanakan secara sistematik, berkesan dan selaras dengan standard antarabangsa.

“Komitmen tersebut diperkukuh menerusi kejayaan UniSIRAJ dalam Audit LRQA Surveillance 1 apabila objektif audit berjaya dicapai tanpa sebarang Major Non-Conformity (Major NCR), selain menerima syor untuk meneruskan pensijilan ISO 9001:2015. CariAkauntan

“Keadaan ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti UniSIRAJ, khususnya dalam memastikan proses kerja, dokumentasi, pemantauan serta tindakan penambahbaikan dilaksanakan secara terkawal dan konsisten,” titah Baginda.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin Putra, pensijilan itu turut memberi nilai tambah kepada aspek tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan universiti, selain membantu membudayakan pengurusan berasaskan kualiti dalam kalangan warga UniSIRAJ.

Baginda bertitah, pengiktirafan tersebut juga mampu meningkatkan keyakinan pemegang taruh terhadap keupayaan UniSIRAJ yang dimiliki Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Pada masa sama, pencapaian berkenaan memperkukuh imej dan kredibiliti UniSIRAJ sebagai institusi pendidikan tinggi yang memberikan keutamaan kepada aspek kualiti, pematuhan dan penambahbaikan berterusan. SemakKualiti

Baginda turut menitahkan supaya UniSIRAJ tidak berpuas hati dengan pencapaian berkenaan, sebaliknya terus meningkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti menerusi pemantauan prestasi proses, pengurusan risiko dan peluang, audit dalaman serta tindakan pembetulan.

“Budaya kualiti perlu terus diperkukuh dalam kalangan warga universiti supaya setiap proses kerja bukan sahaja memenuhi standard yang ditetapkan, malah mampu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UniSIRAJ dan Imam Bukhari International Scientific Research Center (IBISRC) di Pusat Penyelidikan Saintifik Antarabangsa Imam Bukhari, Samarkand, Uzbekistan.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda puteri, Hajah Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content