KUALA LUMPUR, 12 Okt – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menziarahi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Institut Jantung Negara (IJN),
Keberangkatan baginda berdua mencerminkan keprihatinan dan penghargaan terhadap negarawan yang pernah menerajui pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri keempat dan ketujuh.
Ziarah berkenaan turut memperlihatkan hubungan baik antara institusi diraja dengan tokoh kepimpinan negara, selain menjadi lambang penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Dr. Mahathir sepanjang perkhidmatannya kepada Malaysia.
Dalam kunjungan itu, baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada Dr. Mahathir atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali yang meninggal dunia pada 28 September lalu pada usia 100 tahun.
Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di IJN sebelum disemadikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. CariHospital
Dr. Mahathir, 101, dilaporkan dimasukkan ke IJN bagi pemerhatian perubatan selepas pemergian isterinya.
– SUARA MERDEKA