Raja Muda Perlis tinjau peluang perdagangan China–ASEAN di Kuala Lumpur

Raja Muda Perlis tinjau peluang perdagangan China–ASEAN di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Pusat Pemilihan Produk Dongguan–ASEAN di Menara Oxley, Jalan Ampang, di sini, bagi meninjau platform perdagangan yang menghubungkan pengeluar dari China dengan pasaran ASEAN.

Turut berangkat ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.

Pusat berkenaan berperanan sebagai platform perdagangan strategik yang memberi tumpuan kepada promosi produk berkualiti tinggi dari Dongguan, China, selain membuka peluang kerjasama perniagaan dan memperluas jaringan perdagangan serantau.

Beroperasi menerusi konsep perniagaan ke perniagaan (B2B) sehenti, pusat itu menyediakan ruang pameran fizikal yang membolehkan usahawan, pengimport dan pengedar tempatan serta antarabangsa menilai dan memilih produk secara langsung daripada pengeluar.

Dongguan yang dikenali sebagai antara hab pembuatan utama China mempunyai kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk elektronik, jentera, tekstil dan barangan pengguna. MakananAsia

Kepelbagaian produk serta inovasi yang ditawarkan membuka peluang kepada komuniti perniagaan ASEAN untuk meneroka kerjasama strategik, mendapatkan sumber bekalan baharu dan memperluas pasaran masing-masing.

Selain pameran produk, pusat itu turut menawarkan perkhidmatan padanan perniagaan dan fasilitasi perdagangan bagi membantu syarikat mengenal pasti rakan niaga berpotensi serta memperkukuh hubungan komersial merentas sempadan.

Kewujudan pusat berkenaan di Kuala Lumpur juga memudahkan akses komuniti perniagaan Malaysia kepada rangkaian pengeluar Dongguan tanpa perlu melakukan perjalanan ke China bagi tujuan pemilihan awal produk.

Lawatan Tuanku Syed Faizuddin Putra itu turut memberi pendedahan terhadap potensi kerjasama perdagangan antarabangsa yang boleh diterokai oleh komuniti perniagaan tempatan, termasuk usahawan dari Perlis.

Pusat Pemilihan Produk Dongguan–ASEAN yang terletak di G-12, Menara Oxley itu dilihat berpotensi menjadi antara platform penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan China dengan negara anggota ASEAN.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content