Lima penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah berjaya disenaraikan antara World’s Top 2% Scientists By Stanford University for Career – Long & Single Year Citation Impact (2024).
Penyelidik yang telah mengharumkan nama UniMAP di persada antarabangsa itu terdiri dari Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Prof. Dr. Subash Chandra Bose Gopinath, Prof. Madya Dr. Liew Yun Ming, Prof. Madya Dr. Heah Cheng Yong dan Prof. Madya Ir Ts Dr. Azwan Iskandar Azmi.
Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra merangkap Tuanku Canselor UniMAP melalui siaran video sewaktu sidang Keempat Istiadat Konvokesyen Ke-19 UniMAP yang berlangsung di Dewan Ilmu, Kampus Alam UniMAP di Pauh Putra petang ini.
MENYEMPURNAKAN ISTIADAT KONVOKESYEN
Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merangkap Tuanku Pro-Canselor UniMAP berkenan berangkat bagi menyempurnakan istiadat konvokesyen berkenaan.
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Reka Bentuk Rangkaian Elektronik) Dengan Kepujian (52 Graduan), Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri Dengan Kepujian (16 Graduan),
Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Dengan Kepujian (51 Graduan), Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Dengan Kepujian(95 Graduan), Sarjana Muda Kejuruteraan Polimer Dengan Kepujian (37 Graduan), Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Teknologi Makanan) Dengan Kepujian (49 Graduan),
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA
Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Proses Kimia Industri) Dengan Kepujian (36 Graduan) dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (Bioteknologi Industri) Dengan Kepujian (29 Graduan).
Tuanku Raja Muda bertitah bahawa, para mahasiswa wajar mencontohi tingkah laku pemimpin-pemimpin terdahulu yang sentiasa disebut-sebut sebagai contoh ikutan dalam mereka menyantuni golongan atasan, bawahan dan juga masyarakat sekeliling.
Titah Tuanku Syed Faizuddin Putra, mahasiswa juga perlu melibatkan diri dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan dengan menyantuni semua golongan seperti asnaf, gelandangan dan sebagainya kerana aktiviti sebegini pasti akan memberikan perspektif hidup yang berbeza’.
BERPERANAN SEBAGAI DUTA
Baginda bertitah, semua alumni berperanan sebagai duta UniMAP dan bertanggungjawab untuk menjaga nama baik universiti apabila melangkah ke peringkat seterusnya iaitu alam pekerjaan.
“Jadilah pekerja yang berkualiti dan menjadikan UniMAP sebagai salah satu universiti yang menghasilkan graduan-graduan bermutu tinggi,” titah Baginda lagi.
Tarikh kemaskini: 3/5/2025