MAIPs Dianugerahkan 5 Bintang

MAIPs Dianugerahkan 5 Bintang

KANGAR ,30 Oktober 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sekali lagi berjaya mendapatkan penarafan 5 Bintang daripada Jabatan Audit Negara dalam Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti.

Ini meletakkan MAIPs sebagai agensi unggul dan berintegriti dalam pengurusan kewangan.

MAIPs dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah 2 agensi di Negeri Perlis yang berjaya mendapat penarafan tersebut.

Sijil berkenaan diserahkan oleh Pengarah Audit Negara Negeri Perlis, Abdul Aziz Che Daud kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar pada petang semalam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan penyerahan sijil tersebut.

Selain itu, MAIPs turut mendapat Sijil Bersih Kewangan Tanpa Teguran bagi Penyata Kewangan MAIPs Tahun 2018 untuk 7 tahun berturut-turut

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content
This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.