MAIPs Komited Bantu Mangsa Ribut Perlis

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus komited membantu kerajaan dalam menyalurkan sumbangan kepada mangsa-mangsa ribut di negeri ini.

Baginda bertitah, penghargaan turut dirakamkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri yang telah bertungkus-lumus mengaturkan lawatan bagi memperolehi data berkaitan mangsa terlibat.

“Hal demikian memudahkan urusan penyaluran bantuan segera dilakukan,” titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs selepas berkenan berangkat meninjau dan menyampaikan sumbangan bantuan awal MAIPs kepada enam buah keluarga mangsa ribut di negeri ini.

Rumah-rumah yang baginda santuni sempena Program Kayuhan MAIPs Peduli Bilangan Ke-38 2022 itu adalah di sekitar Kampung Sungai Padang di sini.

Hadir mengiringi baginda, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs. Mohd Nazim Mohd Noor.

Sementara itu, Mohd Nazim berkata, pada masa ini, MAIPs telah menyalurkan bantuan kepada 55 orang penerima bagi fasa pertama dan fasa kedua.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content