Pemangku Raja Perlis temui mantan Presiden Halimah di SUSS

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, bertemu mantan Presiden, Puan Halimah Yacob, semasa lawatan beliau ke Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada 17 September.

Tuanku Syed Faizuddin ialah Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), manakala Puan Halimah pula Canselor SUSS.

Semasa pertemuan itu, Tuanku Syed Faizuddin dan delegasinya berbincang dengan SUSS tentang beberapa bidang potensi kerjasama antara kedua-dua universiti itu.

Ini termasuk dalam program pertukaran pelajar dan biasiswa, pembelajaran perkhidmatan dan penyelidikan gunaan.

Menulis di Facebook, Puan Halimah berkata: “Menjadi hos kepada lawatan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang juga Canselor Universiti Malaysia Perlis serta delegasinya.

“Kami mengadakan perbincangan luas yang baik dan meneroka kemungkinan bekerjasama.”

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content