PISC 2025: Perlis Pelantar Dakwah Bertaraf Antarabangsa

Kangar – Perlis International Sunnah Convention (PISC) 2025, yang berlangsung dari 24 hingga 27 Januari, mencuri tumpuan masyarakat dengan pelbagai acara bertaraf antarabangsa yang menumpukan kepada aspek dakwah dan pembangunan komuniti.

Konvensyen ini secara tidak langsung menjadi pelantar penting untuk mengukuhkan hubungan antarabangsa dalam konteks menyebarluaskan ilmu Islam.

Selain itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, diiringi oleh anakanda sulung, Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, berkenan menghadiri majlis santapan malam di Restoran Ya Marhaba, Kangar, bersama-sama pendakwah terkenal dari seluruh dunia.

Antara tokoh ulama tersohor yang hadir termasuklah. Dr. Zakir Naik (India), Sheikh Yusuf Estes (Amerika Syarikat), Dr. Muhammad Salah (Mesir), Sheikh Abdul Raheem Green (United Kingdom) dan Dr. Bilal Philips (Kanada).

Dalam tidah baginda, Tuanku Syed Faizuddin menyatakan harapan agar program ini membawa rahmat dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat, selain menyokong kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs 2024-2025). Konvensyen ini dijangka menarik lebih 10,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Dalam majlis simbolik yang berlangsung di Dewan 2020, Kangar, Raja Muda Perlis turut melancarkan kutipan sumbangan amal bagi menyokong pembangunan kampus baharu Cambodia University of Management and Technology (CUMT) di Phnom Penh. Baginda turut diiringi oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Dana kutipan fasa pertama bagi pembangunan yang dijangka memberi manfaat kepada nasyarakat Islam di kemboja ini masih memerlukan RM7 juta. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan InfaqPay. dengan jumlah minimum sebanyak RM200.

Dalam majlis yang sama, PISC 2025 turut menampilkan pelbagai sesi syarahan ilmiah, termasuklah ceramah bertajuk “Quran: The Everlasting Miracle” yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Muhammad Salah.

Konvensyen ini dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis melalui kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebagai penaja utama. Sokongan turut diberikan oleh organisasi seperti The Straight Path Convention, Dakwah Corner dan Merdeka Times.

Dengan gabungan elemen ilmu dan amal. PISC 2025 membuktikan bahawa Perlis merupakan destinasi penting bagi diskusi Islam Antarabangsa yang bukan sahaja mampu mengukuhkan hubungan erat global tetapi juga menyemarakkan penyebaran ilmu Islam ke seluruh dunia.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content