Projek Transformasi DiRaja Lengkapkan Kampung Warna- warni Seberang Ramai

Kuala Perlis -Pelaksanaan Projek Transformasi DiRaja melengkapkan Kampung Warna-warni Seberang Ramai daripada pelbagai aspek, khususnya yang berkaitan dengan pembangunan fizikal dan infrastruktur.

Antara projek yang sudah dijalankan ialah menambah baik infrastruktur setempat seperti mural, dinding kediaman rumah penduduk setempat, pembinaan laman, taman, pusat pembelajaran serta kemudahan sukan.

Projek ini diterajui sepenuhnya oleh MAIPS dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP), Perlis melalui kerjasama agensi kerajaan, NGO dan orang perseorangan.

TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak menyatakan bahawa Projek

Transformasi DiRaja ini merupakan satu daripada inisiatif yang amat baik serta memberikan impak yang menyeluruh kepada penduduk dan komuniti setempat. Jelasnya lagi, “Aktiviti tambahan seperti pusat jualan produk tempatan dan pewujudan pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) wajar dipertimbangkan sebagai langkah memberikan nilai tambah kepada penduduk.”

Sebelumnya, beliau bersama-sama isteri, YAB Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah Mohd Nor diraikan oleh warga pengurusan kampung dengan menaiki kenderaan khas “Choley”. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Selain itu, program pembangunan mentaliti masyarakat seperti latihan kemahiran, penerapan elemen kitar semula, pelaksanaan pembelajaran komuniti dan pemantapan kepimpinan masyarakat turut dilaksanakan.

Projek Transformasi DiRaja ini merupakan cetusan ilham dan idea oleh Pemangku Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda sulung baginda, Yang Amat Mulia (YAM) Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Pada masa yang sama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi juga turut melawat dan merasmikan Rumah Wataniah Pulau Pinang di kampung tersebut.

Kongsi ke Media Sosial:

Paling Terkini

Semak Agihan

Semak Kutipan

Mohon

Bayar

Skip to content